KUALA LUMPUR, 18 August 2023 – TrueMoney, salah satu syarikat fintech terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan rangkaian pasar raya pilihan Malaysia,Lotus’s untuk menyerlahkan Bulan Ahli Lotus’s dengan salah satu promosi dan hadiah terbesar di Malaysia. Untuk menikmati faedah ini, pengguna perlu membuat transaksi menggunakan aplikasi TrueMoney untuk membeli barangan keperluan harian mereka dengan imbasan mudah.
Jessie Chong, Ascend Group’s Country Managing Director, berkata, “Kami sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan Lotus’s, kerana kami akan terus membawa promosi menarik kepada pengguna kami sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka. Kami menjangkakan dengan promosi ini, kami boleh mempamerkan kemudahan membeli-belah dengan TrueMoney dan berpeluang mendapat akses kepada pelbagai promosi, pulangan tunai dan faedah yang menakjubkan. Kami juga teruja untuk menawarkan pelanggan kami peluang untuk memperoleh ganjaran yang berbaloi melalui kempen True-Merdeka dan melipat gandakan My Lotus’s Points mereka sepanjang promosi istimewa ini.”
Sempena Bulan Ahli Lotus’s, pelanggan akan mendapat 10 kali ganda mata My Lotus’s bagi setiap RM1 yang mereka belanja di Lotus’s apabila menggunakan aplikasi TrueMoney pada setiap hujung minggu bermula 21 September ini. Namun, kelebihan ini tidak terhad kepada hujung minggu sahaja; pelanggan juga boleh mendapatkan 2 kali ganda mata My Lotus’s bagi setiap RM1 yang dibelanjakan melalui TrueMoney. Mata yang dikumpul boleh ditukarkan kepada baucar, kupon, atau digunakan untuk mengurangkan kos mereka semasa pembayaran keluar, ini adalah sah untuk transaksi dalam kedai dan atas talian.
Setelah ditubuhkan pada tahun 2003, TrueMoney telah berkembang ke tujuh negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Syarikat tersebut telah menjadi syarikat fintech terkemuka di rantau ini, dengan menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan seperti pembayaran tanpa tunai, tambah nilai mudah alih dan pembayaran bil. Dengan rangkaian yang terus berkembang lebih 12,000 peniaga dan 30,000 mata pembayaran merangkumi peruncitan, permainan, teknologi dan banyak lagi, TrueMoney telah menunjukkan pertumbuhan yang ketara di Malaysia sejak dilancarkan pada Januari.
Memaksimumkan promosi sebagai pengguna baharu
Dengan promosi TrueMoney di Lotus’s, membeli-belah akan menjadi pengembaraan yang penuh dengan ganjaran dan kejutan. Pengguna mendapat peluang untuk memaksimumkan pelbagai promosi dengan merancang perbelanjaan membeli-belah mereka untuk mata maksimum dan pulangan tunai.
Dengan strategi ini, TrueMoney menyasarkan untuk terus bekerjasama dengan Lotus’s dengan harapan untuk memacu penglibatan pelanggan, meningkatkan pengalaman membeli-belah dan meningkatkan jualan dalam industri peruncitan. Promosi ini memberikan pelanggan nilai tambah dan insentif untuk membuat pembelian sama ada dengan menawarkan diskaun, ganjaran kesetiaan, pulangan tunai dan promosi.
Sehingga 2023, lebih daripada 50 million orang di seluruh rantau SEA telah menggunakan aplikasi TrueMoney. Pengembangan ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pengguna TrueMoney sedia ada malah dapat menarik pelanggan baru yang mencari perkhidmatan kewangan digital yang mudah dan selamat. Dengan menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan, TrueMoney Malaysia menyasarkan untuk memenuhi keperluan individu yang pelbagai, seterusnya mengukuhkan tunjangnya sebagai pemain terkemuka dalam ekosistem fintech di Malaysia.
Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.
Alamat Perniagaan :
True Money Malaysia Sdn. Bhd.
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.
E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]
Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.
© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara