Sila baca Penyata Pendedahan Produk ini dan Terma & Syarat sebelum menggunakan e-dompet TrueMoney.
TrueMoney ialah dompet elektronik (e-dompet) yang membolehkan pengguna membuat transaksi tanpa tunai dan tanpa kad. Pengguna dikehendaki memuatkan semula e-dompet sebelum membuat sebarang pembayaran atau pemindahan. Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan pengguna.
Pengguna mestilah berumur 18 tahun ke atas. Bagi pengguna yang berumur kurang daripada 18 tahun, sila pastikan anda telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga yang sah sebelum mendaftar. Selepas pendaftaran, ia akan dianggap bahawa kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga telah diperolehi.
Nota: Bagi kanak-kanak di bawah umur yang mendaftarkan akaun dengan TrueMoney hanya boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan kebenaran ibu bapa atau penjaga sahaja. Ibu bapa dan penjaga yang sah akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penggunaan kanak-kanak itu.
Di bawah ialah gambaran keseluruhan untuk jenis, saiz, had dan keperluan e-dompet TrueMoney.
Jenis eDompet | Asas | Premium |
Saiz e-dompet | RM200 | RM10,000 |
Had Transaksi Bulanan | RM2,000 | RM10,000 |
Had Transaksi Tahunan | RM24,000 | RM120,000 |
Hantar Wang | No | Yes |
Keperluan eKYC | No | Yes |
Untuk mengurangkan risiko, pengguna dinasihatkan:-
Sekiranya risiko yang disenaraikan di atas berlaku, pengguna harus segera menghubungi kami di [email protected]
Sila ambil perhatian bahawa waktu operasi perniagaan kami adalah Isnin hingga Ahad dari 10 pagi hingga 7 malam, termasuk Cuti Umum.
Anda boleh menukar nama dan e-mel anda terus dalam apl TrueMoney. Untuk perubahan lain, sila e-mel kami di [email protected].
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di [email protected].
Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.
Alamat Perniagaan :
True Money Malaysia Sdn. Bhd.
Unit L4-01, Level 4, Wisma Tune, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.
E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]
Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 7 malam, termasuk Cuti Umum.
© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara