Terma & Syarat

Laman web ini hanya untuk kegunaan peribadi dan maklumat di sini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran bertulis daripada TrueMoney.

Tanggungjawab pelawat
Maklumat di laman web ini tidak bertujuan untuk diedarkan kepada, atau digunakan oleh, mana-mana individu di mana-mana negara atau bidang kuasa. Tiada perkhidmatan atau produk atau peluang perniagaan yang dirujuk dalam laman web ini tersedia untuk mereka yang menetap di luar Malaysia.

Terma dan Syarat ini terpakai kepada semua pelawat dan pengguna laman ini. Dengan mengakses laman ini, pengguna mengakui penerimaan Terma dan Syarat ini. TrueMoney berhak untuk menukar Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya. Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran Terma dan Syarat ini, TrueMoney berhak untuk mendapatkan semua remedi atau cara yang tersedia mengikut undang-undang dan ekuiti untuk pelanggaran tersebut.

Harta intelek
Laman web ini dilindungi oleh undang-undang harta intelek dan hak cipta yang berkenaan. Kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas di sini, anda tidak dibenarkan, tanpa kebenaran bertulis TrueMoney terlebih dahulu untuk mengubah, mengubah suai, mengeluarkan semula, mengedar atau mengeksploitasi secara komersil sebarang bahan, termasuk teks, grafik, video, audio, kod perisian, reka bentuk antara muka pengguna(inter-face) atau logo, daripada laman ini.

Kesediaan kandungan
TrueMoney berhak untuk menukar kandungan, produk dan perkhidmatan, (termasuk kelayakan untuk ciri, produk dan/atau perkhidmatan tertentu) tanpa sebarang notis awal. 

Kandungan pihak ketiga
Laman web ini mungkin mengandungi maklumat dan pautan ke laman pihak ketiga. Akses kepada mana-mana laman pihak ketiga yang dipautkan ke laman ini adalah atas risiko pengguna sendiri. TrueMoney tidak menyokong atau meluluskan mana-mana kandungan pihak ketiga tersebut, secara eksplisit mahupun secara tersirat. TrueMoney tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kebolehpercayaan sebarang maklumat, pendapat, nasihat, data atau kenyataan yang dibuat di laman web ini. TrueMoney menyediakan maklumat dan pautan ini semata-mata sebagai alat kemudahan untuk pengguna dan kemasukan maklumat dan pautan tersebut adalah bukan satu bentuk pengesahan.

Ketepatan maklumat
Walaupun TrueMoney telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan ketepatan maklumat di laman web ini, TrueMoney tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan maklumat tersebut. TrueMoney boleh mengubah kandungan dan maklumat di laman web ini tanpa sebarang notis awal.

Maklumat di laman web ini disediakan “seadanya ” tanpa sebarang jenis waranti, sama ada dinyatakan mahupun tersirat. TrueMoney menafikan semua waranti , tersurat atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, jaminan kebolehdagangan, tanpa pelanggaran, konvensyen perdagangan dan sebarang waranti lain.

TrueMoney tidak akan menerima sebarang liabiliti untuk kehilangan atau kerosakan sama ada, secara langsung atau tidak langsung, atau dibangkitkan , akibat daripada penggunaan laman web ini atau ketidakupayaan untuk mengakses laman web ini atau bergantung kepada maklumat atau pautan yang terkandung dalam laman web ini.

Kenyataan pandang ke hadapan
Tapak ini mungkin mengandungi unjuran atau kenyataan yang berpandangan ke hadapan , peristiwa masa depan, kempen, perkhidmatan atau unjuran kewangan syarikat. Kenyataan ini hanyalah unjuran sahaja dan keputusan sebenar mungkin berbeza.

Penafian dan had liabiliti
Setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, TrueMoney tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang berkaitan, sampingan, khas, langsung atau tidak langsung (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan keuntungan, kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan atau kehilangan penggunaan laman dan kandungan pihak ketiga, kesulitan atau kelewatan).

TrueMoney tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian akibat daripada apa-apa sebab yang TrueMoney tidak mempunyai kawalan langsung. Ini termasuk kegagalan peralatan elektronik atau mekanikal atau talian komunikasi (termasuk telefon, kabel dan internet), akses tanpa kebenaran, virus, kecurian, kesilapan pengendali, cuaca teruk atau luar biasa (termasuk banjir, gempa bumi, atau perbuatan tuhan lain ), kebakaran, peperangan , pemberontakan, tindakan pengganas, rusuhan, pertikaian buruh dan masalah buruh lain, kemalangan, kecemasan atau tindakan kerajaan. Konsep “force majeure” terpakai.

Privasi data
Sila rujuk laman web kami untuk melihat dasar privasi kami.

Penamatan
TrueMoney berhak untuk menamatkan penggunaan tapak web anda pada bila-bila masa, atas apa jua sebab, dengan sebab atau tanpa sebab dan tanpa notis awal.

Kebolehasingan
Jika atas apa-apa sebab mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan dikuatkuasakan pada tahap maksimum yang dibenarkan, dan peruntukan yang selebihnya akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.

Buletin

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Hubungi Kami

Alamat Perniagaan : 
True Money Malaysia Sdn. Bhd. 
Unit L4-01, Level 4, Wisma Tune, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]

Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.

© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara