Unwrap Santa Rewards

Terma dan Syarat

A. Perjanjian Pengguna

  1. Kempen ini dianjurkan oleh True Money Malaysia Sdn. Bhd. Dengan menyertai kempen ini, pengguna aplikasi eDompet True Money Malaysia (“Pengguna”) dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, dan sebarang keputusan yang dibuat oleh True Money Malaysia berhubung dengan kempen ini adalah muktamad dan mengikat.
  2. Perjanjian Pengguna ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Kempen, Terma dan Syarat True Money, Terma Perkhidmatan True Money, serta Notis Dasar & Penyata Privasi
  3. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan, konflik atau percanggahan tersebut akan diselesaikan mengikut urutan keutamaan berikut: (i) Terma dan Syarat Kempen ini; (ii) Terma dan Syarat True Money; dan (iii) Terma Perkhidmatan True Money (boleh diakses dalam aplikasi mudah alih TrueMoney di bawah bahagian Akaun → Mengenai Kami → Terma Perkhidmatan – eDompet).
  4. True Money berhak untuk membatalkan mana-mana tawaran/hadiah untuk kempen ini jika pengguna telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat seperti yang dinyatakan di atas.

B. Terma dan Syarat Kempen

  1. Tempoh Kempen
    Kempen ini akan bermula pada 1 November 2026 jam 12:00:00 AM dan akan berakhir pada 31 Disember 2026 jam 11:59:59 PM, termasuk kedua-dua tarikh atau sehingga Ganjaran Pulangan Tunai (seperti yang ditakrifkan dalam perenggan 3.2 di bawah) ditebus sepenuhnya, yang mana berlaku lebih awal.
  2. Kelayakan
    Semua pengguna eDompet TrueMoney yang merupakan penduduk sah Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas seperti yang dinyatakan dalam Kad Pengenalan/Pasport mereka (pada 1 November 2026).
  3. Mekanisme Kempen
    1. Pengguna berhak menerima pelbagai ganjaran setelah melengkapkan tindakan yang dinyatakan dalam jadual di perenggan 3.2 bawah. Setiap pengguna yang layak adalah terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap ganjaran Tahap Perbelanjaan (“Spend Tier”) dalam setiap bulan kalender, tertakluk pada ketersediaan pada setiap masa.
    2. Ganjaran Tahap Perbelanjaan
      Ganjaran pulangan tunai berperingkat akan diberikan serta-merta setiap kali. Tahap Perbelanjaan dicapai dalam sesuatu bulan kalender sepanjang tempoh kempen, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
    Tahap Tahap Perbelanjaan Ganjaran Kelayakan
    1 Jumlah perbelanjaan terkumpul sebanyak RM300 hingga RM499.99 RM10 pulangan tunai
    • Sebarang perbelanjaan yang dibuat melalui TrueMoney eDompet adalah layak kecuali transaksi di Lotus’s, DuitNow QR, tambah nilai kredit permainan, Insurans Allianz, Truely, Kiriman Wang Antarabangsa, pemindahan wang dan TrueGift.
    • Pengguna yang layak hanya terhad kepada SATU (1) penebusan bagi setiap ganjaran Tahap Perbelanjaan untuk setiap pengguna dalam setiap bulan kalender.
    • Jumlah keseluruhan pulangan tunai yang boleh diperoleh oleh pengguna adalah sehingga RM60 bagi setiap bulan kalender.
    • Ganjaran Tahap Perbelanjaan adalah tertakluk kepada ketersediaan dan boleh ditamatkan lebih awal sekiranya jumlah peruntukan pulangan tunai telah digunakan sepenuhnya sebelum tamat tempoh kempen berakhir.
    2 Jumlah perbelanjaan terkumpul sebanyak RM500 hingga RM999.99 RM15 pulangan tunai
    3 Jumlah perbelanjaan terkumpul sebanyak RM1,000 dan ke atas RM35 pulangan tunai
  4. Ganjaran pulangan tunai dan perbelanjaan yang layak untuk Tahap Perbelanjaan akan diperbaharui pada awal setiap bulan sepanjang tempoh kempen, iaitu pada bulan November dan Disember 2026. Sebarang perbelanjaan yang terkumpul dalam satu bulan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
  5. Pertanyaan
    Untuk sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui saluran berikut:
    a) Email: [email protected].
    b) Dalam Aplikasi & Website Live Chat: Beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (tidak termasuk cuti umum).
TrueMoney & Ascend Group logo