RM3 BHPetrol eBaucar​ - Terma

A. Perjanjian Pengguna
  1. Kempen ini dianjurkan oleh True Money Malaysia Sdn. Bhd. Dengan menyertai kempen ini, pengguna aplikasi eDompet True Money Malaysia (“Pengguna”) dengan ini bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, dan sebarang keputusan yang dibuat oleh True Money Malaysia berhubung dengan kempen ini adalah muktamad dan mengikat.
  2. Perjanjian Pengguna ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan Syarat Kempen, Terma dan Syarat True Money, Terma Perkhidmatan True Money, serta Notis Dasar & Penyata Privasi
  3. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan, konflik atau percanggahan tersebut akan diselesaikan mengikut urutan keutamaan berikut: (i) Terma dan Syarat Kempen ini; (ii) Terma dan Syarat True Money; dan (iii) Terma Perkhidmatan True Money (boleh diakses dalam aplikasi mudah alih TrueMoney di bawah bahagian Akaun → Mengenai Kami → Terma Perkhidmatan – eDompet).
  4. True Money dan BHPetrol berhak untuk membatalkan mana-mana tawaran/hadiah untuk kempen ini jika pengguna telah melanggar mana-mana Terma dan Syarat seperti yang dinyatakan di atas.

B. Terma dan Syarat Kempen

  1. Tempoh Kempen adalah dari 1 April 2026 hingga 31 Ogos 2026.
  2. Kelayakan adalah seperti di bawah:
    1. Pengguna baharu aplikasi BHPetrol eCard yang berumur 18 tahun ke atas.
  3. Mekanisme Kempen adalah seperti di bawah:
    1. Terbuka kepada Pengguna Baharu BHPetrol eCard sahaja.
    2. Pengguna TrueMoney dikehendaki memuat turun aplikasi BHPetrol eCard di Play Store/App Store dan mendaftar sebagai ahli baharu untuk promosi ini.
    3. Pengguna mesti memasukkan Kod Rujukan iaitu ‘truemoney’ di halaman pendaftaran untuk menerima eBaucar BHPetrol bernilai RM3.
    4. RM3 eBaucar akan dikreditkan serta-merta ke dalam akaun BHPetrol eCard pengguna selepas pendaftaran aplikasi berjaya.
    5. Tawaran ini terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap pengguna/peranti baharu.
    6. BHPetrol eBaucar yang diperoleh melalui kempen ini boleh digunakan untuk membeli petrol/diesel atau barangan kedai di mana-mana stesen BHPetrol yang mengambil bahagian. Tempoh sah penggunaannya adalah dari 1 April 2026 hingga 31 Ogos 2026.
    7. Sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh sah baucar BHPetrol tidak akan dilayan.
    8. Jika jumlah pembelian adalah kurang daripada nilai baucar, tiada pemulangan wang akan diberikan untuk baki yang tidak digunakan.
    9. Promosi ini sah sepanjang tempoh kempen aktif atau sehingga jumlah keseluruhan penebusan telah ditebus sepenuhnya (1,000 unit).
    10. Ganjaran dan eBaucar sama sekali tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau kredit TrueMoney.
    11. BHPetrol dan TrueMoney berhak untuk meminda, melanjutkan, atau menamatkan promosi serta terma pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
    12. Sebarang pertikaian mengenai mekanisme kempen atau ganjaran, keputusan BHPetrol adalah muktamad dan mengikat.
  4. Pertanyaan
    Untuk sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, sila hubungi Pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui saluran berikut:
    1. E-mel: [email protected].
    2. Sembang Langsung Laman Web & Aplikasi: Tersedia Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang (tidak termasuk cuti umum).

Soalan Lazim (Q&A)
S : Bagaimanakah cara untuk saya menuntut eBaucar BHPetrol RM3?
J : Muat turun aplikasi mudah alih BHPetrol eCard di Play Store atau App Store, masukkan kod rujukan ‘truemoney’ di halaman pendaftaran. Baucar RM3 akan dikreditkan serta-merta.

S : Mengapakah saya tidak menerima eBaucar BHPetrol RM3 selepas mendaftar?
J : Ini mungkin disebabkan oleh kod ‘truemoney’ tidak diisi dengan betul semasa pendaftaran.

S: Di manakah saya boleh menebus eBaucar tersebut?
J: Anda boleh menebus eBaucar di kaunter juruwang stesen BHPetrol. Sila pastikan anda sudah bersedia di stesen tersebut, kerana kod QR hanya sah selama 5 minit.

S: Apakah yang boleh saya beli dengan eBaucar tersebut?
J: Anda boleh menggunakan eBaucar tersebut untuk membeli bahan api (petrol/diesel) atau barangan di BHPetromart.

TrueMoney & Ascend Group logo