TrueMoney menyediakan faedah kakitangan untuk Charoen Pokphand (C.P.) Group dan Lotus’s di Malaysia

  • Penyelesaian inovatif ini menawarkan kakitangan daripada kedua-dua syarikat untuk menikmati faedah dan ganjaran seperti pulangan tunai
  • E-dompet TrueMoney terus menunjukkan pertumbuhan kukuh di Malaysia sejak dilancarkan pada Januari 2023

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2023TrueMoney, salah satu perkhidmatan e-dompet terkemuka di Malaysia, secara rasminya hari ini memperkasakan faedah kakitangan untuk Charoen Pokphand (C.P.) Group dan rangkaian pasaraya, Lotus’s, Bermula dari bulan Mei, kakitangan Lotus’s kini boleh menikmati kemudahan tawaran dan faedah yang diberikan oleh aplikasi TrueMoney, sementara kakitangan C.P. Group akan menerima faedah ini bermula pada bulan Ogos. 

Sejak pelancarannya di Malaysia pada awal tahun 2023, TrueMoney Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang ketara, dimana kini mereka mempunyai kira-kira 12,000 peniaga dan lebih 30,000 mata pembayaran yang merangkumi peruncitan, permainan, teknologi, restoran dan banyak lagi. Beroperasi di enam negara lain, e-dompet TrueMoney telah mencapai 50 juta muat turun, dan memenuhi keperluan pangkalan pengguna yang luas di seluruh Asia Tenggara.

Jessie Chong, Pengarah Urusan Negara Kumpulan Ascend, berkata, “Kami amat berbesar hati kerana TrueMoney telah dipilih sebagai rangkaian faedah kakitangan rasmi untuk organisasi terhormat seperti C.P. Group dan Lotus’s. Melalui e-dompet kami, kakitangan mereka mempunyai akses kepada pelbagai jenis perniagaan, serta promosi yang menakjubkan, pulangan tunai dan faedah sebagai ganjaran kepada mereka. Ini adalah cara yang inovatif dan praktikal untuk meluaskan manfaat kakitangan yang mudah dan menggalakkan penggunaannya. Kami berharap melalui sarana ini, para pekerja boleh menikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai yang lancar dan selamat dengan e-dompet TrueMoney apabila mereka berbelanja di Lotus’s atau mana-mana pedagang yang mengambil bahagian.”

Mengikuti kemudahan itu, setiap kakitangan di Lotus’s kini boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10% dalam kredit e-dompet TrueMoney apabila membuat pembelian di pasaraya Lotus’s menggunakan aplikasi TrueMoney. Pulangan tunai ini boleh digunakan untuk semua transaksi tanpa sebarang perbelanjaan minimum, dengan had RM50 untuk setiap kakitangan setiap sebulan. Selain itu, kakitangan Lotus’s akan memperoleh 3x mata Lotus’s untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, berbanding 2x mata Lotus’s yang diperoleh oleh pelanggan biasa.

Kakitangan C.P. Group juga kini berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak 5% atas pembelian mereka di pasaraya Lotus’s apabila menggunakan aplikasi e-dompet TrueMoney, tanpa sebarang perbelanjaan minimum, tetapi dengan had maksimum RM25 setiap kakitangan sebulan.

Lebih daripada ‘sekadar’ e-dompet

TrueMoney Malaysia berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak hubungan bersama syarikat terkemuka untuk faedah kakitangan mereka pada tahun-tahun akan datang. Dalam kerjasama berpotensi ini, syarikat-syarikat akan berpeluang untuk memanjangkan diskaun eksklusif kakitangan untuk pembelian yang dibuat di pasaraya Lotus’s atau mana-mana peniaga e-dompet TrueMoney yang sedia ada. Selain itu, TrueMoney merancang untuk memperkenalkan kempen pemasaran yang dirangka khas, termasuk lah program rujukan kakitangan, cabutan bertuah yang menarik, jerayawara (roadshow)serta inisiatif inovatif lain.

“Selain pulangan tunai dan mata ganjaran ahli Lotus, kami kerap menganjurkan cabutan bertuah yang dirangka khas dan kempen pemasaran yang menarik untuk menawarkan kakitangan peluang memenangi hadiah menarik. Melalui inisiatif ini, kami bersasar untuk mewujudkan ekosistem yang saling menguntungkan di mana kakitangan boleh menikmati faedah TrueMoney dan kelebihan pembayaran digital yang lancar. Kami mengucapkan terima kasih kepada C.P. Group dan Lotus’s diatas kepercayaan mereka kepada untuk kami menggalas tanggungjawab sebagai peneraju faedah kakitangan mereka, dan kami berharap dapat memberikan nilai dan pengalaman yang luar biasa kepada kakitangan serta pelanggan mereka,” terus Jessie.

Melalui perkongsian strategik sedemikian, TrueMoney berusaha untuk membangunkan ekosistem perkhidmatan pembayaran digital yang komprehensif, memberikan faedah dan kemudahan yang dipertingkatkan untuk kedua-dua kakitangan korporat dan kesemua rakyat Malaysia. Dengan pelbagai perkhidmatan dan tawaran yang luas, jenama itu menyasarkan untuk menjadi platform utama bagi semua keperluan pembayaran digital di Malaysia.

 

– TAMAT –

 

About TrueMoney

TrueMoney is a regional fintech company in Southeast Asia, under Ascend Money, a joint venture between The Charoen Pokphand Group (C.P. Group) and Ant Financial (Alibaba), with a mission to enable everyone access to innovative financial services to empower their daily lives. With operations in 7 countries, including Malaysia, TrueMoney has gained regional recognition as a wallet to use because of its wide array of services including payments, mobile top-ups, game top-ups, peer-to-peer transfers and so much more.

TrueMoney also has the largest agent network with over 88,000 agents, helping our customers send money seamlessly both domestically and overseas, capturing markets such as Cambodia, Myanmar, and the Philippines.

About C.P. Group

The Charoen Pokphand (C.P.) Group was founded in Thailand in the early 1920s and has won the world’s recognition as Asia’s leading globally-committed conglomerate focused on Agri business-Production and Processing and Service-Telecommunications, Logistics and Retailing. The C.P. Group currently has investments in 21 countries and economies.

In 1974, the C.P. Group was incorporated in Malaysia primarily in the Poultry Integration Industry and it is now one of the market leaders of the sector. The Group is determined to share and commit to fulfilling the vision of becoming the Kitchen of the World, placing significant importance on research and development to improve production efficiency at every step of operations as well as developing products to meet the satisfaction of customers and consumers.

Now, the C.P. Group Malaysia consists of 2 groups with different types of businesses which are the Agro-Industry & Foods Business Group and the Aquaculture Business Group.

About Lotus’s Malaysia

Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) is a member of the Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P. Group) since December 2020. Having acquired Tesco Malaysia’s business in December 2020, Lotus’s Malaysia has assumed the operations of all existing Tesco stores, employing 9,000 employees across one head office, two distribution centres and 65 stores throughout Peninsular Malaysia. Lotus’s also has Malaysia’s most extensive online grocery home shopping network with over 100 delivery trucks and operations in Penang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan and Ipoh.

For further information, on behalf of TrueMoney, please contact:

Sofea Hashim
[email protected]

Vidyavashni
[email protected]

Buletin

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Hubungi Kami

Alamat Perniagaan : 
True Money Malaysia Sdn. Bhd. 
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]

Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.

© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara