TrueMoney bekerjasama dengan CRIT Esports Malaysia untuk memperkasakan esport di negara ini

  • Ini adalah usaha pertama jenama itu ke dalam pasaran permainan dan esport yang semakin berkembang di Malaysia
  • TrueMoney akan menjalankan kempen TrueGamerz sehingga 7 September 2023 dengan hadiah bernilai RM10,000 untuk dimenangi.

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023TrueMoney Malaysia dan CRIT Esports Malaysia, bekerjasama untuk menaja pasukan esports selebriti PUBGM (PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile) pertama yang dipanggil CRIT MVP. Inisiatif baru ini bertujuan untuk merapatkan hiburan dan permainan di Malaysia dengan mendekatkan influencer tempatan bersama peminat mereka.

CRIT MVP akan terdiri daripada influencer berikut:

  • Muna Shahirah (253K pengikut di Instagram
  • Kuza (66k pengikut di Instagram)
  • Cikgu Misai (618.7K pengikut di TikTok)
  • Jajazuber (98.9k pengikut di Instagram)
  • Yepz (196.5K pengikut di TikTok)
  • Roxxy (83.8K pengikut di TikTok)

Kein Ai Ng, Ketua Pemasaran dan Kerjasama TrueMoney Malaysia, berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan CRIT Esports Malaysia kerana mereka ingin berinovasi dalam kancah esport tempatan. TrueMoney sentiasa berada di barisan hadapan dalam inovasi perkhidmatan kewangan dan kami telah menjadi salah satu e-dompet yang paling pesat berkembang di negara ini. Melalui perkongsian ini, kami berharap dapat menjangkau komuniti gaming yang semakin berkembang di Malaysia dan juga menyokong pertumbuhannya.” 

Rangkaian titik pembayaran e-dompet TrueMoney Malaysia telah berkembang daripada 15,000 kepada 25,000 dalam masa sebulan, memberikan kemudahan yang lebih besar kepada pengguna.

Daripada kolaborasi itu, TrueMoney akan bekerjasama dengan CRIT Esports Malaysia untuk mengendalikan kempen TrueGamerz with TrueMoney bermula hari ini sehingga 23 Julai 2023 dan akan memberikan hadiah bernilai RM5,000 yang termasuk Sony PlayStation®5 dan Sony WH-1000XM5 Headphones.  

Inovasi perubahan esport dan hiburan di Malaysia

Objektif utama usaha unik ini adalah untuk mencipta ruang yang dinamik dan menarik dengan menggabungkan aspek terbaik e-sukan, budaya pop dan pemasaran. Dengan merapatkan jurang antara peminat dan selebriti kegemaran mereka, CRIT Esports Malaysia akan memudahkan interaksi peminat serta memupuk rasa bermasyarakat dan keseronokan sepanjang proses tersebut.

Inisiatif ini akan menyediakan platform unik untuk kedua-dua entiti gaming dan non-gaming untuk memanfaatkan khalayak pemain yang berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. TrueMoney teruja untuk menjadi rakan kongsi sulung dalam fasa baharu e-sukan dan hiburan yang progresif di Malaysia.

TrueMoney, yang memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2023, komited untuk melebarkan sayap rangkaian peniaganya dengan bekerjasama dengan jenama terkemuka dalam pelbagai industri. Syarikat itu berhasrat untuk muncul sebagai salah satu penyedia e-dompet teratas di Malaysia dengan menawarkan pelbagai resolusi pembayaran yang selamat dan mudah kepada penggunanya pada tahun-tahun akan datang.

Buletin

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Hubungi Kami

Alamat Perniagaan : 
True Money Malaysia Sdn. Bhd. 
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]

Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.

© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara