Tentang TrueMoney Wallet

Ascending To Greater Heights

Tentang kami

TrueMoney adalah jenama fintech antarabangsa terkemuka di bawah Ascend Money, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan digital yang disokong oleh tiga syarikat terbesar dan paling berpengaruh di Asia. Beroperasi di 7 buah negara termasuk Malaysia, TrueMoney bermatlamat untuk membantu jutaan orang ke arah kebebasan kewangan.

TrueMoney Wallet Malaysia

Bukan sekadar dompet digital, kami adalah sebahagian daripada gaya hidup harian rakyat Malaysia. Sejak menjadi rakan pembayaran rasmi Lotus’s Malaysia pada tahun 2023, rangkaian kami kini telah mencecah lebih 46,000 titik sentuhan di seluruh negara. Dengan menawarkan pelbagai solusi pembayaran untuk memudahkan urusan pembayaran harian anda daripada bil utiliti dan telco sehinggalah ke makanan gerai kegemaran, kami memastikan setiap transaksi anda sesuai dengan gaya hidup Malaysia yang sibuk. Tidak kira sama ada anda sedang menambah stok barangan rumah atau mengisi minyak untuk perjalanan Balik Kampung, TrueMoney memastikan setiap transaksi anda adalah ‘True-ly’ berbaloi, lancar, dan selamat.

International Remittance

TrueMoney menyediakan perkhidmatan kewangan tanpa sempadan yang menghubungkan Malaysia ke 7 buah negara dengan pantas dan selamat. Dengan rangkaian serantau lebih 100,000 lokasi pengeluaran tunai, kami memastikan wang yang dihantar dari Malaysia dapat diambil secara tunai dengan mudah oleh keluarga atau perniagaan di luar negara.

Two ladies

Visi Kami

Two ladies

Menjadi penyedia perkhidmatan kewangan pilihan di Asia Tenggara yang memperkayakan hidup dengan mengubah cara orang ramai bertransaksi setiap hari. Di Malaysia, kami memperkasakan komuniti B40 dan M40 melalui kemudahan pembayaran e-Wallet dan DuitNow QR, bayaran bil yang mudah, serta perkhidmatan kiriman wang antarabangsa yang dipercayai untuk pekerja migran.

Misi Kami

A lady

Kami berhasrat semua orang merasai pengalaman perkhidmatan kewangan yang menyeluruh dengan solusi digital pintar untuk meningkatkan kualiti hidup. Matlamat kami adalah untuk membina Malaysia yang lebih inklusif, di mana manfaat teknologi dapat dirasai ke seluruh pelosok negara dari kesibukan kota besar hingga ke kawasan luar bandar yang tenang.

TrueMoney Malaysia's mobile app

Muat Turun TrueMoney Wallet & Daftar Sekarang!

Lengkapkan e-KYC anda dan mendapatkan akses kewangan pada bila-bila masa.
TrueMoney & Ascend Group logo