KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – TrueMoney Malaysia, sebahagian daripada platform kewangan Ascend Money yang terkemuka di rantau ini, telah mengumumkan hari ini pelancaran perkhidmatan Kiriman Wang Antarabangsa (IR) di Malaysia. Tawaran perkhidmatan B2B dan C2C baharu ini menyokong bayaran perniagaan (B2B) dengan tumpuan khas dalam menyokong transaksi import Rakan Kongsi Korporat. Para pengguna di Malaysia juga boleh menggunakan perkhidmatan tersebut untuk tujuan pemindahan runcit (C2C).
Melalui Kiriman Wang TrueMoney, warga Malaysia kini boleh memudahkan transaksi B2B ke semua negara pada kadar yang berdaya saing terutamanya dalam Dolar Amerika Syarikat (USD), Dolar Singapura (SGD) dan Baht Thailand (THB). Untuk sebarang transaksi Kiriman Antarabangsa C2C, pengguna e-dompet TrueMoney kini juga boleh menghantar wang dengan mudah ke tujuh negara iaitu Myanmar, Kemboja, Indonesia, Filipina, India, Nepal dan Bangladesh. Semua transaksi ini tertumpu terutamanya pada kiriman wang pekerja asing, agar mereka boleh menghantar wang pulang ke tanah air dengan mudah menggunakan e-dompet TrueMoney.
Ketua Bahagian Komersial TrueMoney Malaysia, Shaik Ikhwan berkata, “Di TrueMoney Malaysia, kami komited terhadap memajukan keterangkuman kewangan untuk setiap individu, terutamanya komuniti terabai seperti pekerja asing. Dengan tawaran terkini kami iaitu perkhidmatan Kiriman Wang Antarabangsa, kami bermatlamat untuk menyediakan cara yang lancar, boleh dipercayai dengan harga berpatutan untuk pengguna dan perniagaan untuk menghantar wang merentasi sempadan. Dengan memanfaatkan keupayaan pengesahan digital kami yang komprehensif dan terkemuka, kami memastikan transaksi yang selamat dan ketersambungan tunai yang luas sehingga ke kawasan terpencil di negara penerima. Kami teruja untuk menawarkan perkhidmatan ini dan berharap ia dapat memberi kesan positif kepada kehidupan pengguna kami.”
Pelancaran Kiriman Wang TrueMoney merupakan komponen utama rangka kerja keterangkuman kewangan komprehensif syarikat. Kiriman Wang TrueMoney menawarkan ketersambungan tunai yang meluas, maka memberikan pekerja asing lebih banyak pilihan mengirim wang sehingga ke kawasan terpencil di negara asal mereka. Untuk menggunakan perkhidmatan Kiriman Wang TrueMoney, pengguna perlu melengkapkan proses pengesahan eKYC (Kenali Pelanggan Anda elektronik) yang diperlukan. Khususnya, TrueMoney Malaysia ialah salah satu daripada 11 aplikasi kiriman wang digital di antara 26 aplikasi yang menawarkan keupayaan eKYC penuh.
Bagi meraikan pelancaran tersebut, pengguna Kiriman Wang TrueMoney kini dapat menikmati pengecualian yuran transaksi untuk kiriman wang sebanyak RM150 atau lebih. Tawaran adalah sah untuk sehingga tiga penebusan bagi setiap pengguna dari Mac hingga Jun 2025.
Pasaran Kiriman Wang Antarabangsa Malaysia menuju ke 2028
Pasaran kiriman wang antarabangsa di Malaysia sedang mengalami pertumbuhan yang ketara dalam kedua-dua pemindahan wang masuk dan ke luar negara. Sektor kiriman wang ke luar negara merekodkan peningkatan sebanyak 2.4% pada 2023, dan mencecah $9.35 bilion pada 2024. Dalam lima tahun akan datang, ia dijangka meningkat pada CAGR sebanyak 1.5%, serta diunjurkan untuk mencecah $9.93 bilion menjelang 2028.
Setelah hanya dua tahun dilancarkan di pasaran Malaysia, TrueMoney bertujuan untuk menyediakan cara penyelesaian kewangan komprehensif yang memenuhi keperluan penggunanya yang semakin berkembang. Pada 2025, syarikat telah membina kedudukan yang kukuh di negara ini dengan menawarkan ekosistem pembayaran digital lancar yang merangkumi perkhidmatan e-dompet, kiriman wang dan bayaran bil.
“Di TrueMoney, kami berdedikasi untuk menangani peningkatan permintaan di pasaran kiriman wang Malaysia melalui cara penyelesaian kewangan yang inovatif dan inklusif. Penumpuan utama kami adalah menyampaikan nilai khusus kepada pengguna kami, bagi memastikan mereka dilengkapi cara yang boleh dipercayai dan cekap untuk menampung kehidupan keluarga dan komuniti mereka di tanah air. Sedangkan pasaran berkembang, kami komited dalam mempertingkatkan perkhidmatan kami serta memanfaatkan teknologi untuk menyediakan pilihan kiriman wang yang selamat dan mudah dengan harga berpatutan. Kami mengalu-alukan setiap perniagaan dengan keperluan bayaran antarabangsa untuk menghubungi kami bagi mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami. Dengan berganding bahu, kita dapat menyediakan perubahan positif dalam kehidupan mereka yang kita berkhidmat” kata Shaik.
Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.
Alamat Perniagaan :
True Money Malaysia Sdn. Bhd.
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.
E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]
Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.
© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara