Categories
Berita

TrueMoney Malaysia Mengalu-alukan Pengguna dengan Kempen TrueQuest & Kongsi-Kongsi Menang

TrueMoney Malaysia Mengalu-alukan Pengguna dengan Kempen TrueQuest & Kongsi-Kongsi Menang

KUALA LUMPUR, 1 Januari 2023; TrueMoney Malaysia, aplikasi e-dompet yang baru dilancarkan di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kempen menarik untuk dinikmati oleh pengguna baharu. Semasa mendaftar akaun TrueMoney, pengguna boleh menikmati ganjaran daripada kempen TrueQuest dan Kongsi-Kongsi Menang. TrueMoney sebagai jenama e-dompet terbaharu dalam pasaran Malaysia menyasarkan untuk membina kesedaran aplikasi ini di kalangan pengguna Malaysia melalui mekanisme kempen baharu tersebut. 

Sebagai sebahagian daripada platform kewangan terbesar di Asia Tenggara, TrueMoney menawarkan pelbagai solusi kewangan yang inovatif bermula daripada pembayaran tanpa tunai, tambah nilai mudah alih, pembayaran bil dan banyak lagi. Langkah pertama untuk menyertai kempen ini ialah memuat turun aplikasi TrueMoney di Apple App Store atau Google Play Store. Dapatkan ganjaran semasa anda bersama-sama dengan TrueMoney hari ini.

Kempen TrueQuest menawarkan pulangan tunai sebanyak RM2 dengan setiap misi yang diselesaikan, dan berjumlah sehingga RM10. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah ini!:

#1 Sahkan / Naik taraf akaun TrueMoney anda 

#2 Buat pembayaran bil / beli PIN permainan atau tambah nilai kredit mudah alih minimum RM20

#3 Belanja minima RM20 di mana-mana peniaga TrueMoney

#4 Belanja minima RM20 di mana-mana peniaga TrueMoney

#5 Belanja minima RM20 di mana-mana peniaga TrueMoney

Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun 2023, bermula dari 1 Januari 2023 hingga 19 November 2023.

Kempen Kongsi-Kongsi Menang menawarkan pengguna peluang untuk memperoleh RM1 dengan hanya berkongsi pautan rujukan mereka kepada rakan dan keluarga semasa mereka mendaftar akaun dengan TrueMoney. Kempen ini akan berlangsung selama setahun, bermula dari 1 Januari 2023 hingga 19 November 2023.

Dengan pemahaman yang jelas bahawa bukti sosial adalah berkait dengan pengguna baharu, tujuan kempen ini adalah untuk mempromosikan penggunaan aplikasi TrueMoney melalui rujukan dan untuk memupuk kepercayaan di kalangan pengguna baharu melalui rakan & keluarga mereka yang merupakan pengguna sedia ada aplikasi tersebut. 

Mengenai TrueMoney
TrueMoney ialah syarikat fintech serantau di Asia Tenggara, di bawah Ascend Money, usaha sama antara The Charoen Pokphand Group (CP Group) dan Ant Financial (Alibaba), dengan misi untuk membolehkan semua orang mengakses perkhidmatan kewangan yang inovatif untuk memperkasakan kehidupan seharian mereka. Beroperasi di 7 negara, termasuk Malaysia, TrueMoney telah mendapat pengiktirafan serantau sebagai e-dompet untuk digunakan kerana pelbagai perkhidmatan termasuk pembayaran, tambah nilai mudah alih, tambah nilai permainan, pemindahan rakan ke rakan dan banyak lagi.

TrueMoney juga mempunyai rangkaian ejen terbesar dengan lebih 88,000 ejen yang membantu pelanggan kami menghantar wang dengan lancar di dalam dan luar negara, menguasai pasaran seperti Kemboja, Myanmar dan Filipina.

Ketahui lebih lanjut tentang kempen TrueMoney di sini

Masih belum menyertai keseronokan bersama kami? Muat turun aplikasi TrueMoney hari ini!

Buletin

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Hubungi Kami

Alamat Perniagaan : 
True Money Malaysia Sdn. Bhd. 
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]

Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.

© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara