Categories
Berita

TrueMoney, penyedia e-dompet terkemuka Asia Tenggara, memasuki pasaran Malaysia dengan Lotus’s Malaysia

TrueMoney, penyedia e-dompet terkemuka Asia Tenggara, memasuki pasaran Malaysia dengan Lotus’s Malaysia

  • TrueMoney boleh digunakan di semua lokasi Lotus’s di seluruh negara, menjadikan aktiviti membeli-belah lebih mudah untuk rakyat Malaysia.
  • E-dompet TrueMoney menawarkan satu rangkaian luas bagi solusi kewangan baharu, termasuk antara lain, pembayaran tanpa tunai, tambah nilai mudahalih, dan pembayaran bil. 
  • Lebih daripada 50 juta orang di sekitar rantau ini menggunakan TrueMoney sebagai kaedah e-pembayaran kegemaran mereka.

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – TrueMoney, sebuah syarikat fintech terkemuka di Asia Tenggara dan sebuah anak syarikat Ascend Money, amat teruja untuk mengumumkan bahawa ia telah melancarkannya di Malaysia hari ini. Dengan fokus untuk menyediakan satu solusi pembayaran selanjar dalam era digital, TrueMoney sekarang merupakan penyedia pembayaran rasmi untuk semua lokasi Lotus’s merentas seluruh negara.

Diasaskan pada tahun 2013, TrueMoney beroperasi di enam buah negara dan mempunyai rangkaian agen terbesar dengan lebih daripada 88,000 agen yang membantu membuat penghantaran wang di peringkat domestik dan antarabangsa, dan juga sebagai e-dompet yang menawarkan satu rangkaian luas bagi solusi kewangan baharu, seperti pembayaran tanpa tunai, tambah nilai mudahalih, pembayaran bil, kiriman wang antarabangsa, dan banyak lagi.

Dengan e-dompet TrueMoney yang menyenangkan dan pembayaran Kod QR tanpa kontak, pelanggan Lotus’s kini boleh membuat tambah nilai bagi prabayar dan kredit permainan, di samping membayar bil utiliti (contohnya elektrik, air) dan telefon dan juga perbelanjaan harian mereka dengan mudah. Tambahan pula, pelanggan juga boleh membuat transaksi rakan-ke-rakan melalui aplikasi TrueMoney dan menjejaki setiap transaksi yang mereka lakukan kerana setiap tindakan itu ada direkodkan dalam masa sebenar.

Jessie Chong, Pengarah Urusan Negara Ascend Group, berkata “Kami, TrueMoney, sekarang sudah berkembang ke dalam pasaran Malaysia, menandakan negara ketujuh di Asia Tenggara di mana syarikat kami beroperasi. Melalui e-Dompet kami, kami menawarkan pembayaran selanjar dan kemudahan kepada semua pengguna, dengan saiz dompet sebanyak RM10,000 dan jaminan tertinggi untuk kaedah pembayaran yang selamat dan terkawal. Kami mensasarkan untuk menggunakan leveraj kehadiran kami di peringkat antarabangsa untuk mewujudkan satu pendekatan yang holistik dan dinamik untuk mencipta satu ekosistem pembayaran di rantau Asia Tenggara yang memberi manfaat kepada individu dan PKS; ini termasuk pembayaran merentas sempadan yang sedang dalam perancangan. Kami mungkin merupakan pemain baru, tetapi kami membawa bersama kami satu infrastruktur teknologi & perniagaan sedia ada yang kuat untuk berhubung dengan pengguna di Malaysia.”

e-dompet TrueMoney kini boleh didapati di Malaysia melalui stor aplikasi Apple App dan Google Play. Pengguna e-dompet TrueMoney juga boleh menerima manfaat segera sebaik sahaja diaktifkan, selain daripada menikmati pulangan tunai dan poin Lotus’s, bersama dengan ganjaran TrueQuest sebanyak RM10.

Untuk menampilkan kehadirannya di negara ini, TrueMoney telah memutuskan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah setiap orang lebih menyenangkan untuk pengguna Malaysia. Dengan menjadi rakan kongsi Lotus’s Malaysia, TrueMoney menyediakan pengguna dengan kemudahan yang mereka perlukan untuk melakukan transaksi dan menguruskan perbelanjaan bagi keperluan mereka dengan mudah dengan hanya menggunakan aplikasinya.

Vivian Yap, Pengarah Eksekutif, Pelanggan Lotus’s Malaysia berkongsi “Berdasarkan keadaan semasa, pengguna adalah lebih canggih dari segi teknologi, mereka mencari pengalaman membeli-belah yang lancar, mudah, dan menyenangkan pada setiap masa. Sebagai sebahagian daripada transformasi digital Lotus’s yang masih giat dijalankan, kami amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan TrueMoney ke Malaysia dan kepada pelanggan kami. Dengan menambah TrueMoney ke dalam portfolio perkhidmatan e-dompet kami, pelanggan kami mempunyai lebih banyak pilihan pembayaran tanpa tunai di semua 65 stor kami. Pelanggan bukan sahaja mempunyai pilihan pembayaran tanpa tunai yang mudah dengan TrueMoney, tetapi mereka juga bakal menikmati faeddah menarik kerana TrueMoney Malaysia akan memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan poin kesetiaan My Lotus’s. Poin kesetiaan My Lotus’s ini, kemudiannya boleh digunakan untuk membayar pembelian yang dilakukan, memberikan mereka lebih banyak penjimatan dalam aktiviti membeli-belah mereka.”

Setakat 2022, lebih daripada 50 juta orang merentas rantau Asia Tenggara telah menggunakan aplikasi e-dompet TrueMoney. TrueMoney Malaysia berharap untuk menjalin lebih banyak perkongsian tempatan dengan pedagang-pedagang terkenal pada masa hadapan dan membina seluruh ekosistem perkhidmatan kewangan.

Categories
Berita

TrueMoney Malaysia Mengalu-alukan Pengguna dengan Kempen TrueQuest & Kongsi-Kongsi Menang

TrueMoney Malaysia Mengalu-alukan Pengguna dengan Kempen TrueQuest & Kongsi-Kongsi Menang

KUALA LUMPUR, 1 Januari 2023; TrueMoney Malaysia, aplikasi e-dompet yang baru dilancarkan di Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan kempen menarik untuk dinikmati oleh pengguna baharu. Semasa mendaftar akaun TrueMoney, pengguna boleh menikmati ganjaran daripada kempen TrueQuest dan Kongsi-Kongsi Menang. TrueMoney sebagai jenama e-dompet terbaharu dalam pasaran Malaysia menyasarkan untuk membina kesedaran aplikasi ini di kalangan pengguna Malaysia melalui mekanisme kempen baharu tersebut. 

Sebagai sebahagian daripada platform kewangan terbesar di Asia Tenggara, TrueMoney menawarkan pelbagai solusi kewangan yang inovatif bermula daripada pembayaran tanpa tunai, tambah nilai mudah alih, pembayaran bil dan banyak lagi. Langkah pertama untuk menyertai kempen ini ialah memuat turun aplikasi TrueMoney di Apple App Store atau Google Play Store. Dapatkan ganjaran semasa anda bersama-sama dengan TrueMoney hari ini.

Kempen TrueQuest menawarkan pulangan tunai sebanyak RM2 dengan setiap misi yang diselesaikan, dan berjumlah sehingga RM10. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah ini!:

#1 Sahkan / Naik taraf akaun TrueMoney anda 

#2 Buat pembayaran bil / beli PIN permainan atau tambah nilai kredit mudah alih minimum RM20

#3 Belanja minima RM20 di mana-mana peniaga TrueMoney

#4 Belanja minima RM20 di mana-mana peniaga TrueMoney

#5 Belanja minima RM20 di mana-mana peniaga TrueMoney

Kempen ini akan berlangsung sepanjang tahun 2023, bermula dari 1 Januari 2023 hingga 19 November 2023.

Kempen Kongsi-Kongsi Menang menawarkan pengguna peluang untuk memperoleh RM1 dengan hanya berkongsi pautan rujukan mereka kepada rakan dan keluarga semasa mereka mendaftar akaun dengan TrueMoney. Kempen ini akan berlangsung selama setahun, bermula dari 1 Januari 2023 hingga 19 November 2023.

Dengan pemahaman yang jelas bahawa bukti sosial adalah berkait dengan pengguna baharu, tujuan kempen ini adalah untuk mempromosikan penggunaan aplikasi TrueMoney melalui rujukan dan untuk memupuk kepercayaan di kalangan pengguna baharu melalui rakan & keluarga mereka yang merupakan pengguna sedia ada aplikasi tersebut. 

Mengenai TrueMoney
TrueMoney ialah syarikat fintech serantau di Asia Tenggara, di bawah Ascend Money, usaha sama antara The Charoen Pokphand Group (CP Group) dan Ant Financial (Alibaba), dengan misi untuk membolehkan semua orang mengakses perkhidmatan kewangan yang inovatif untuk memperkasakan kehidupan seharian mereka. Beroperasi di 7 negara, termasuk Malaysia, TrueMoney telah mendapat pengiktirafan serantau sebagai e-dompet untuk digunakan kerana pelbagai perkhidmatan termasuk pembayaran, tambah nilai mudah alih, tambah nilai permainan, pemindahan rakan ke rakan dan banyak lagi.

TrueMoney juga mempunyai rangkaian ejen terbesar dengan lebih 88,000 ejen yang membantu pelanggan kami menghantar wang dengan lancar di dalam dan luar negara, menguasai pasaran seperti Kemboja, Myanmar dan Filipina.

Ketahui lebih lanjut tentang kempen TrueMoney di sini

Masih belum menyertai keseronokan bersama kami? Muat turun aplikasi TrueMoney hari ini!

Buletin

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Hubungi Kami

Alamat Perniagaan : 
True Money Malaysia Sdn. Bhd. 
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]

Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.

© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara