Categories
Berita

TrueMoney Malaysia kini menyokong DuitNow QR, menjadikannya lebih mudah untuk membayar menggunakan e-wallet TrueMoney

TrueMoney Malaysia kini menyokong DuitNow QR, menjadikannya lebih mudah untuk membayar menggunakan e-wallet TrueMoney

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2024TrueMoney, platform pembayaran digital dan e-wallet terkemuka Malaysia, hari ini mengumumkan pembolehannya untuk membayar dengan DuitNow QR. Dengan fungsi baru ini, pengguna e-wallet TrueMoney kini boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat transaksi dengan lancar di mana-mana sahaja, daripada gerai kecil hingga kedai runcit yang menyokong DuitNow QR.

Untuk menggunakan ciri DuitNow QR tersebut, pengguna hanya perlu melancarkan aplikasi TrueMoney, klik “Imbas” pada halaman utama dan mengimbas mana-mana DuitNow QR untuk membayar. Setakat 2024, TrueMoney Malaysia telah mewujudkan sebuah rangkaian yang kukuh yang terdiri daripada 22,000 peniaga dan 35,000 mata pembayaran di seluruh negara. Pencapaian ini, diikuti dengan penerimaan DuitNow QR, mengukuhkan lagi kedudukan TrueMoney sebagai pemain utama dalam industri teknologi kewangan (fintech)yang telah mempamerkan pertumbuhan ketara sejak pelancarannya pada Januari 2023.

Jessie Chong, Pengarah Urusan Negara Kumpulan Ascend berkongsi,“Penerimaan DuitNow menandakan detik yang penting untuk TrueMoney. Hampir 1.9 juta orang menggunakan platform DuitNow QR, menunjukkan permintaan yang semakin meningkat untuk kaedah pembayaran ini . Dengan menyokong salah satu rangkaian pembayaran QR paling popular di Malaysia, kami memperkasakan berjuta-juta pengguna dengan kemudahan dan pilihan yang tiada tandingan. Dalam landskap teknologi kewangan (fintech) yang cukup besar, menyokong DuitNow QR meletakkan TrueMoney sebagai solusi pembayaran semua-dalam-satu digital yang komprehensif.”

Bermula dari 15 Januari hingga 29 Februari, pengguna TrueMoney bukan sahaja boleh menikmati kemudahan penerimaan DuitNow QR baru ini tetapi juga boleh menyelami kegembiraan kempen Tahun Baru Cina “Huat’s Up” TrueMoney. Melalui kempen ini, pengguna boleh berebut peluang untuk menerima TrueAngpao dengan perbelanjaan minimum RM28 di mana-mana peniaga QR DuitNow, dan peniaga TrueMoney, serta melalui pembayaran bil dan tambah nilai prabayar, menambahkan sentuhan yang lebih bermakna pada musim ini.

Menambahkan keterujaan, TrueMoney juga telah bekerjasama bersama Lotus’s, dengan menawarkan pengalaman yang bermakna untuk pelanggan. Bagi setiap RM1 yang dibelanjakan melalui aplikasi TrueMoney, para pengguna boleh memperoleh lapan kali mata My Lotus’s.  Selain daripada itu, para pengguna juga berpeluang untuk mendapat pulangan tunai sebanyak RM8 apabila membuat perbelanjaan di Lotus’s dengan menggunakan aplikasi TrueMoney, dengan perbelanjaan minimum RM88 sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.

Menjelang tahun 2024, TrueMoney bersedia untuk melancarkan perkhidmatan pembayaran dalam talian dan pengiriman wang antarabangsa, seterusnya mengukuhkan komitmen mereka dalam menyediakan fleksibiliti kewangan di peringkat tempatan dan global. Ciri yang akan datang ini terus mempamerkan dedikasi syarikat TrueMoney untuk kekal di barisan hadapan dalam inovasi teknologi kewangan (fintech), dalam memastikan pengguna dapat  menikmati masa depan kewangan digital hari ini.

Categories
Promosi

TrueReferral Challenge!

TrueReferral Challenge!

Tempoh Kempen: 1 Januari 2024 – 31 Disember 2024

Di TrueMoney, berkongsi bukan sekadar bererti peduli; ia pintu gerbang ke dunia ganjaran! 🤩 Perjalanan anda untuk mendapatkan ganjaran bermula dengan langkah mudah – jemput kawan-kawan anda untuk muat turun TrueMoney dan nikmati ganjaran istimewa! 🚀💰

💰 Bagaimana Caranya:
#1 Kongsikan kod rujukan TrueMoney Wallet kepada rakan anda
#2 Rakan anda perlu memuat turun aplikasi dan naiktaraf akaun mereka
#3 Hooray, RM1 kini milik anda!

Ehh tunggu, ada lagi! Semakin ramai anda rujuk, semakin banyak ganjaran untuk anda. Cabar dirimu, bentuk pasukan mu, dan saksikan ganjaran masuk! 🤨

Janganlah berahsia—sebarkan keajaiban kegembiraan! Kongsi seronok bersama rakan!

Tertakluk pada T&S

📲Muat Turun aplikasi TrueMoney harini!

Categories
Promosi

Menangi Percutian Impian Anda!

Kempen Allianz Four Seasons Odyssey

Jamin Masa Depan Anda, Menangi Percutian Impian Anda!

Tempoh Kempen: 1 Januari 2024 - 30 Jun 2024


🌍 Lindungi diri dan orang yang tersayang dengan Allianz Shield Plus. Dapatkan peluang untuk memenangi percutian ditanggung sepenuhnya untuk dua orang bernilai RM25,000 ke destinasi impian anda - Seoul, Osaka, Eropah, atau Maldives! 🏝️

💰Cara Menang Percutian Impian Anda?

#1 Beli atau renew polisi Allianz Shield Plus melalui TrueMoney

  • 1 penyertaan untuk polisi individu
  • 2 penyertaan untuk setiap individu yang diinsuranskan dalam polisi keluarga

#2 Dua pusingan pemilihan pemenang

  • April 2024: Polisi yang dikeluarkan antara 1 Januari dan 31 Mac
  • July 2024: Polisi yang dikeluarkan antara 1 April dan 30 Jun

#3 Tuntut Hadiah Anda

  • Pantau e-mel anda untuk pemberitahuan pemenang
  • Ikuti langkah-langkah untuk menuntut hadiah anda!
Ini peluang anda untuk menang besar dan menjadikan perjalanan impian anda sebuah kenyataan! 🌟✨

📲Muat Turun aplikasi TrueMoney untuk menikmati diskaun eksklusif ini!

Buletin

Dapatkan informasi lebih lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hangat kami.

You have been successfully Subscribed! Ops! Something went wrong, please try again.

Hubungi Kami

Alamat Perniagaan : 
True Money Malaysia Sdn. Bhd. 
Unit L4-01, Level 4, Wisma Capital A, No. 19, Lorong Dungun, Off Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur.

E-mel Perkhidmatan Pelanggan :
[email protected]

Sembang dengan ejen Khidmat Pelanggan kami yang mesra via Live Chat :
Klik ikon Sembang warna jingga di sebelah bawah kanan skrin anda untuk mula bersembang!
Setiap hari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Cuti Umum.

© True Money Malaysia Sdn. Bhd. Hak Cipta Terpelihara